Resepi Bihun Goreng Letak Daun Limau Purut | Versi Campak-Campak

Haii assalamualaikum!

Hari tu aku ada buat makan-makan sikit kat rumah. Makan-makan dengan siblings after 2 months aku tak balik. So, aku in charge untuk main course which is Bihun goreng.

The initial plan was my mom suggested untuk buat 'bihun goreng putih' yang letak daun limau purut. So, I googled up the recipe of Bihun Goreng Singapore. However, most of the recipe tak letak daun limau purut. Then, aku search 'Bihun Goreng Letak Daun Limau Purut' and banyakkkk kauuu resepi yang keluar 😂

Tapi aku just tengok as guide je. Then alter the recipe ikut tekak sendiri.

This is my BIHUN GORENG LETAK DAUN LIMAH PURUT. Biar rupa biasa-biasa asalkan rasa tu luar biasa!

So, here's the recipe:

BAHAN-BAHAN:
1 bungkus bihun
1 pack fishball
1 pack fishcake
Isi ayam secukupnya
2 biji telur
1 biji bawang holland (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
3 biji cili padi (blend)
2 biji lada besar
Kobis
1 biji lobak merah
10 helai daun limau purut - Hiris nipis
Air secukupnya
1 ketul kiub ayam
Garam
Gula
Daun sup - Cincang halus

CARA-CARA MEMASAK:
1. Tumis daun limau purut dan bawang holland, bawang putih dan cili padi yang sudah di blend. Kacau hingga naik bau.
2. Masukkan isi ayam, fishball dan fishcake. Then, perasakan dengan garam, gula dan kiub ayam. Kacau-kacau dan masukkan sedikit air. Kacau dan biarkan mendidih. 
3. After that, boleh masukkan bihun yang dah dicelur lembut, lobak merah, lada besar dan kobis.
4. Next, korang ketepikan bihun dan masukkan telur. Kacau-kacau telur tu hingga garing and baru gaul sekali dengan bihun dan bahan-bahan lain.
5. Gaul bihun hingga rata dan sayur-sayuran jadi  lembut. Kalau korang suka bihun goreng yang basah, korang boleh masukkan extra air, dan gaul lagi. Aku suka bihun yang basah sikit, so aku tambah lagi air dan perasakan dengan garam dan gula.
6. Bila bihun dan bahan-bahan lain dah masak, boleh tutup api. Tabur daun sup as hiasan. Walaupun as hiasan, daun sup ni still add on taste dalam bihun goreng ni tau. Aku suka, so aku masukkan extra hehe.

So, itu sahaja cara nak masak BIHUN GORENG LETAK DAUN LIMAU PURUT versi aku. Simple je. Yang penting sedap! Bahan paling penting kalau kau nak masak bihun goreng ni ialah daun limau purut. Kalau takde, memang auto tak jadi.

As for ayam, fishball, fishcake, dan sayur-sayuran, semua tu optional dan korang boleh alter ikut kesukaan masing-masing. Aku suka bihun goreng yang meriah dan colourful. Tambahan pulak bihun goreng ni warna putih. So, aku lebih suka kalau bihun goreng ni ada lebih banyak sayur dan bahan-bahan lain.

Bihun goreng ni sesuai sangat kalau nak hidang untuk majlis-majlis tertentu sebab semua orang suka bihun goreng. Lebih-lebih lagi bihun goreng yang ada rasa tomyam macam ni.

Lepas ni boleh try masak as breakfast jugak. Hehe.

Ok, itu sahaja untuk entri kali ni. Thanks for reading my blog!

Comments