RESEPI SPAGHETTI CARBONARA SUPER SIMPLE!
Assalamualaikummm haii kome-kome yang tersesat di blog sayaaa.
Apa khabar? Sihat? Make sure tak demam, tak sakit tekak, tak sesak nafas tauuu sebab risau sekarang musim Covid-19 ni. Virus ni kita tak nampak. Tiba-tiba je positif. Tachodddd!
So, untuk entri kali ni aku nak share RESEPI SPAGHETTI CARBONARA yang super simple! Kali ni acah western terlebih.
Ini kali kedua rasanya aku masak carbonara. The first time was 5 or 6 years ago. Masa tu aku ingatkan sos Carbonara Prego tu boleh dimakan begitu sahaja. So, aku just curahkan SEMUA sos carbonara Prego atas mee lidi yang aku dah rendam tu. And it tasted so bad T_T Nyesal. Aku estimate ada la dalam 3 atau 4 tahun aku ambik masa untuk overcome trauma tu. Sebab serius after that tragedy, tekak aku dah tak boleh terima all kind of spaghetti. Serius gedik tekak ni 😂
Bahan-bahan nya agak renyah haha jadi aku just guna bahan-bahan yang aku boleh dapati dalam tempoh lockdown sekarang ni.
BAHAN-BAHAN:
1. Minyak masak
2. 4 @ 5 ulas bawang putih (Blend)
3. 1 biji bawang Holland (Blend)
4. Ayam kisar
5. Hotdog
6. Sos Carbonara Prego
7. Air
8. Susu segar Dutch Lady
9. 2 kiub ayam
10. Gula
11. Garam
CARA-CARA:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang Holland yang dah diblend hingga naik bau.
2. Masukkan ayam kisar dan kacau hingga masak.
3. Masukkan hotdog. Kacau.
4. Masukkan sos carbonara Prego. Kecilkan api dapur dan kacau hingga rata.
5. Tambahkan air. Kacau.
6. Masukkan susu segar Dutch Lady. Kacau.
7. Masukkan kiub ayam yang sudah dihancurkan. Kacau.
8. Perasakan dengan garam dan gula.
9. Siap untuk dihidang!
EXPLANATION:
- Untuk part menumis, aku prefer untuk blend bahan tumisan. Aku tak suka cincang atau potong dadu sebab aku tak suka rasa asli bawang-bawang tu. So, untuk elakkan daripada TERmakan bawang-bawang tersebut, aku pilih untuk blend. Tapi kalau korang suka tumbuk, atau cincang or potong dadu je, depends.
- Part ayam tu, aboleh je kalau korang nak potong dadu je if korang taknak beli ayam blend or taknak blend ayam. Aku blend je ayam ni. Tambahkan sedikit air tauuu.
- Untuk sukatan air dan susu pulak, aku tak pasti berapa. Aku tuang ikut nafsu je HAHAH 😂😂 Kalau korng nak kuah spaghetti ni cair, boleh tambahkan air banyak. Aku prefer tak cair sangat, tak perkat sangat. So, sukatan air dan susu tu takdelah banyak sangat.
- Kalau korang taknak guna susu pun takpe je sebenarnya. Tapi kalau nak guna susu, make sure cari susu yng takde rasa. Sebab aku punya, aku beli susu LOW FAT yang DUTCH LADY TU. Honestly aku tak tau rasa susu yang sebenar macam ni. And susu yang aku beli dan guna ni rasa dia masam-masam. And bila masukkan dalam spaghetti, ianya jadi masam, macam basi padahal tak pon.
- Kalau korang nak masukkan cheese, boleh letak 3 keping cheese. Aku tak letak sebab kat kedai takde jual T_T
- Korang nak guna serbuk untuk gantikan kiub ayam pun takpe. Cuma kena pandai agak.
- Last but not least, boleh taburkan daun Parsley sebagai hiasan. Aku punya spaghetti takde daun Parsley sebab tak tau nak beli kat mana HAHAHA. Nak gantikan dengan daun sup pun bolehhhh.
Itu aje rasanya untuk enti kali ni. I hope every recipes I shared here will/can benefit you. Aku pun budak baru belajar, tak pro sangat bab masak ni. Tapi setakat share resepi tu bolehlahhh.
Kalau korang guna resepi yang aku share ni, komen la kat bawah. Baru lah kami tau kewujudan korang...?
Bye, assalamualaikum.
Thanks for reading my blog ^_^

Sedapnyaaaaaa. You should start updating more recipes kat Instagram, I would love to see them. You go girl! 😍
ReplyDeleteWould love to! but time seems like envy me haha
Delete