Resepi: Puding Laici Berkuah

Assalamualaikum & hye gais!

Alhamdulillah, hari ini sudah bertarikh 7 Jun 2020 bersamaan 15 Syawal 1441H. It means, today is already day 15 of AIDILFITRI! I just couldnt believe that Ive passed the new norm of Ramadhan and Syawal. Walaupun Ramadhan dan Syawal tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya, tapi aku still happy celebrate both of these months sebab aku tak keseorangan. Family kan ada! Hehe.

Memandangkan tahun ni tak boleh beraya di kampung, so kita raya kat rumah je la. If I'm not mistaken, this is the second time in 19 years, aku celebrate raya kat rumah. Sebab previously, every year memang balik kampung. Sebab saudara mara yang berbeza negeri pun pulang and memang waktu raya aje la nak jumpa mereka. Kan?

Memandangkan tahun ni raya kat rumah, so aku satu family masak sendiri aje la tanpa saudara mara. Sebab terliur hari tu dengan Puding Laici berkuah ni, so aku decide untuk masakkan puding ni untuk makan pada first day raya. Walaupun PKP, jiran-jiran still lagi datang berziarah kan?

Ini diaaa puding laici berkuah sayaaaaaaa.

Simple aje rupanya resepi puding ni. Ingatkan leceh. Tapi tak pun! Jadi memang tak rugi korang spend time and energy on this desert rather than buy it. Boleh makan banyak dengan harga pulak tu!

So, let's get started!


Bahan-bahan:
1 paket agar-agar serbuk 10g
2 tin laici
1 tin susu cair
1 gelas gula
8 gelas air

(Footnote: Gelas yang aku guna ni gelas yang selalu orang minum kopi atau teh atau teh o kat kedai tu)

Cara-cara:
1. Masukkan air dan gula ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Apabila dah mendidih, masukkan agar-agar serbuk dan 1/2 gelas jus laici yang dalam tin tu. Then kacau sehingga mendidih.
3. Sekali lagi, apabila mendidih, masukkan 1 tin susu cair.
4. Kacau sehingga mendidih then tutupkan api dapur.
5. Sejukkan di dalam bekas.
6. Apabila nampak dah sejuk sikit, masukkan laici yang dicarik. Kalau nak taburkan laici selepas puding dah keras pun boleh.
7. Apabila puding dah sejuk dan pejal, masukkan jus laici.


Actually, laici tu boleh masukkan bila-bila masa. Nak letak dalam puding boleh or nak taburkan atas puding pun boleh. Aku prefer untuk taburkan atas puding sebab nampak lebih kemas. Sebab kalau letak dalam puding, nanti bila kita potong puding tu, tekstur dia akan jadi tak cantik dan pecah-pecah.

Jadi, itu sahaja resepinya. Simple sangat je kan!? Selama ni aku ingatkan susah sangat huhu. Takpe la lepas ni kalau mengidam nak makan pergi je beli bahan then buat sendiri. Takyah dah buang duit pi beli.

Aku harap resepi ni membantu korang ya, yang baca entri ni. Nanti kalau dah buat dan menjadi, bolehlah share resepi ni kat orang ramai. Hehe.

Kredit: Terima My Rasa untuk resepi puding laici berkuah yang mudah dan sedap ni!

Ok, ini je untuk entri kali ni. Lain kali aku tulis entri lain. Assalamualaikum :')


Thanks for reading my blog! Hugs & kisses ^_^

Comments