Resepi: Mee Soto simple tapi sedap!
Assalamualaikum & hye gais!
Entry kali ni berkisarkan resepi lagi ya. Hehe :') Actually, I'm not that hardworking to always cook at home. But, since I have lotsa leisure times and donno what to do, so why not I 'fill' the time by sharpening my cooking skill? Haa gitewww!
For this time, I cooked Mee Soto for my family. All of sudden terliur nak makan sebab teringat mee soto kawan buat time raya 3 tahun lepas. 2017! Dah lamaa dah since the last time I ate mee soto. So, why not kan kita try masak sekali?
At the first place I thought the recipe is hard/difficult just like bakso, but actually it's not! Berganda-ganda lebih senang daripada resepi bakso.
Ini diaaaa bukti resepi dia senang sangat. Bahan-bahan dan langkah-langkah kita sekalikan je dalam gambar ni. Percaya dakkk? Excuse my bad handwriting.
Ok lah, let's start!
Step 1: KUAH SOTO
Bahan-bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
3 batang serai - diketuk
Bahan-bahan Tumis:
1/2 sudu jintan manis
1/2 jintan putih
2 sudu besar serbuk lada sulah
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
Bahan-bahan lain:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
2 jag air
1/2 senduk minyak masak
1 paket rempas sup Baba's (25g)
Garam kasar
Gula
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan-bahan tumis. Masak hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan kisar termasuk serai. Kacau rata.
3. Masukkan jintan manis, jintan putih dan lada sulah. Kacau sehingga naik minyak.
4. Apabila bahan-bahan dah agak garing, masukkan air secukupnya. Anggaran 2 jag air yang bersaiz sederhana. Tunggu sehingga sup mendidih.
5. Masukkan ayam dan rempah sup Baba's. Biarkan hingga merenih.
6. Kemudian, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau dan tunggu sehingga air mendidih.
7. Toskan isi ayam untuk begedil.
Step 2: BEGEDIL AYAM
Bahan-bahan:
1kg ubi kentang
250g ayam - dimasak sekali dengan sup
Bawang goreng
Daun sup
Garam secukupnya
Telur
Cara-cara:
1. Potong ubi kentang secara menipis dan goreng. Kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Ayam yang ditoskan tadi dicarik halus.
3. Masukkan ubi kentang, ayam, bawang goreng, daun sup dan garam secukupnya ke dalam bekas dan gaul
4. Bulat-bulatkan adunan, celupkan ke dalam telur dan goreng.
5. Siap!
Step 3: SAMBAL KICAP
Bahan-bahan:
15 biji cili padi
6 ulas bawang putih
Kicap manis
Garam halus
Cara-cara:
1. Gorengkan cili padi dan bawang putih sehingga agak garing.
2. Kisarkan semua bahan-bahan.
3. DONE!
Dan siappppppppppp! Mudah je kan? So far senang aje la bagi aku. Cuma part yang leceh sikit bila kena buat begedil. Tapi inshaAllah puas hati sebab mee soto ni tak best kalau makan tanpa begedil.
Korang boleh pilih sama ada nak makan mee soto dengan nasi impit atau mee. Aku prefer dua-dua sebab sedap. Hehe :D Tak lengkap la kalau salah satu takde.
Resepi ini pun aku tak ikut sebijik. Ada yang aku ubah-ubah. Contohnya bahagian sup, sepatutnya kena guna kiub ayam. Tapi aku ganti dengan rempah sup Baba's sebab senang. Masukkan terus 1 paket! Daun sup pulak depend la korang nak letak terus dalam sup atau asing-asing. Seab aku letak separuh dalam sup, separuh lagi asingkan. Sebab ada sesetengah orang tak suka makan sup dengan daun sup kan? Apa-apa pun, tengoklah pada kesesuain keadaan. Yang penting kena konfiden.
Begedil + Sambal kicap + Bawang goreng + Daun sup + Taugeh + Nasi impit + Mee + Sup soto = COMPLETE!
Mudah aje resepi ni. Kalau free boleh lah try. InshaAllah puas hati :')
Okay setakat ni aje perkongsian untuk kali ni. Nanti dah try dan sedap, boleh la share kat orang lain pulak, ya? Hehe. Byeee assalamualaikum :)
Thanks for reading my blog! Hugs & kisses ^_^





Comments
Post a Comment