Review Buku: Nazi Di Hujung Jari
Assalamualaikum and hye gais :)
Sebagaimana yang telah dijanjikan, hari ni aku akan review
sebuah buku berjudul “NAZI DI HUJUNG
JARI”. Uyey uyey!
Actually aku beli buku ni semasa Pesta Buku di salah satu
mall di Sungai Petani 5 bulan lepas (Julai). Aku pun dah lupa nama mall tu apa!
And aku ulang baca tau buku ni. Aku dah baca separuh, tapi disebabkan acah
busy yang tak nak kalah, so aku stop baca di tengah jalan. And then waktu exam
week hari tu, disebabkan terlalu banyak masa kosong plus kemalasan untuk study
yang tinggi menggunung, maka aku buka balik buku ni dan ulang bacaaaaaa!
Sejujurnya, aku ambik masa yang agak lama untuk habiskan
buku ni walaupun tak tebal sangat pun sebenarnya. 213 m/s je dengan 20 bab. Tapiiii..
Haaa ada tapi au. Buku ni sarat! Yes sangat sarat! Buku ni memang fakta, fakta,
fakta! Dari awal sampai akhir, fakta!
But, worry not! Sebab fakta dia bukan macam buku sejarah tu.
Tapi penulisan buku ni macam buku biasa. Fakta-fakta tu semuanya disampaikan
melalui penceritaan. And inshaAllah mudah faham. Cuma disebabkan aku ni sejenis
“slow”, so kadang tu aku ulang baca ayat yang sama dua tiga kali HAHA. And,
again worry not sebeb InshaAllah kandungan buku ni boleh dipercayai sebab ianya
ditulis berdasarkan 62 rujukan! Bukannya
pakat hentam je tulis berdasarkan pengetahuan semasa. Tidak yaaaa.
Buku ni berkisarkan apa?
Daripada tajuk saje pun kita dah tau tentang NAZI. Tapi sebenarnya
bukan setakat itu sahaja ya anak-anak.
FIRST, buku ni banyak menceritakan tentang sejarah NAZI
sebelum Hitler ambil alih sehinggalah Hitler meninggal. Siapa pemimpin dia,
bagaimana Nazi dibina, apa perjuangan Nazi. Banyak lah! Banyak!
SECOND, dalam buku ni jugak ada menceritakan sejarah hidup
Hitler. Kita selalu dengar cerita yang Hitler ni seorang tokoh yang hebat, kan?
So, melalui buku ni kita dapat lihat bagaimana kehidupan seorang Hitler
sehingga dipandang gah oleh dunia.
THIRD, menariknya buku, penulis berjaya kupas dan bezakan
yang mana satu fakta dan yang mana satu mitos. Sejujurnya, aku rasa teruja bila
baca buku ni sebab aku rasa selama ni aku “stupid” rupanya. Apa yang aku rasa
betul tu rupanya mitos jeeeee. HAHA. Seriously, aku suggest gila buku ni kat
korang especially pencinta sejarah macam aku EHEK supaya kita boleh bezakan
antara fakta dan auta.
Ada orang kata, Nazi ni mendokong bangsa Arab dan menyanjung
agama Islam. Betul ke? Fakta ke auta tu? Haaaa, buku ni ada jawapannya.
Tapi perkara yang paling femes bila sebut tentang Hitler
ialah tentang kehebatan dia yang berjaya membunuh bangsa Yahudi. Tapi bagaimana
cara dia membunuh bangsa Yahudi ni? Dan bangsa Yahudi yang dibunuh ni bangsa
yang bagaimana? Apa sebab Hitler membunuh bangsa Yahudi? Berapakah jumlah
bangsa Yahudi yang dibunuh oleh Hitler? Apa respon dunia tentang pembunuhan ni?
Siapa lagi yang bersekongkol dengan Hitler dalam pembunuhan ni? Apa motif
Hitler membunuh bangsa Yahudi? Kenapa bangsa Yahudi yang dibunuh dan bukan
bangsa lain? Buku “NAZI DI HUJUNG JARI” ada jawapannya ;)
FOURTH, dalam buku ni jugak ada dihuraikan
peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang sebelum Perang Dunia Pertama (WWI) tercetus
sehinggalah semua negara dah merdeka sekarang. Dan peperangan ni bukan sahaja
berfokus kepada negara-negara di Eropah, bahkan satu dunia! Amerika Syarikat
termasuk, Eropah toksah kata la memang join! Rusia pun ada, negara-negara Timur
Tengah, negara-negara Asia termasuklah Malaysia! Hubung kait antara negara
Jepun dan Jerman semasa peperangan pun ada dikupas. Peperangan negara Jepun dan
China. Bagaimana negara Jepun berjaya menjajah negara-negara Asia dan bagaimana
pula negara Jepun kalah. Bagaimana method peperangan yang digunakan. Apa
senjata-senjata peperangan. Macam-macam lah! Terlalu banyak untuk di listkan!
FIFTH, satu perkara ni, selepas aku baca buku ni baru aku
tau. Iaitu tentang cara kematian Hitler dan tokoh-tokoh peperangan. Memang
ngeri! Serius aku terkejut bila baca buku ni. Tak sangka cara kematian mereka
semua tak seperti apa yang aku fikir. Dan most of them dirancang.
SIXTH, selama ni aku ingat pembunuh upahan ni wujud dalam
movie je tau HAHA. Aku terasa noob. Bila aku baca buku ni, baru aku tau yang
mende wujud. Tragis…
SEVENTH, konspirasi pembunuhan. Pada aku, berada di tampuk
kepimpinan sangat berbahaya! Lagi-lagi bila kita pegang sebuah negara. Ramai orang
dengki. Ramai orang tak puas hati. Sampai satu tahap nak bunuh-bunuh. Fuh! Bahaya!
Dalam buku ni, penulis berjaya rungkaikan pelbagai konspirasi pembunuhan
terhadap ramai tokoh, khususnya HITLER!
EIGHTH, individu yang bersekongkol dalam pelbagai plan. Kadang
tu jumpa orang sama, kadang tu orang lain-lain huhu. Tapi kadang tu, individu
yang kita tak sangka-sangka tiba-tiba muncul. Life is so upredictable!
NINTH, sekarang ni dunia tengah kecoh tentang Iluminati dan
Freemason kan? Haaa, dalam buku ni pun ada menceritakan perkaitan mereka dengan
perang dunia. Bukan setakat itu sahaja, beberapa persatuan lain pun ada
terlibat.
Actually, banyakkkkkk lagi perkara yang dikupas dalam buku
ni. Sangat banyak! Memang berbaloi baca sebab bila aku baca buku ni, aku rasa
minda aku lebih terbuka dan berkembang. Dan terlalu banyak perkara yang aku tak
sangka, rupanya wujud. Patutlah, tokoh-tokoh negarawan sampaikan terlalu banyak
nasihat kepada rakyat. Sebab… life is so unpredictable! Lagi-lagi bila masuk
bab politik. Seriously, aku takut dengan Perang Dunia Ketiga (WWIII) nanti T_T
Aku rasa aku makin sayang akan negara Malaysia setelah baca
buku ni. Penting sangat rasa sayang akan negara ni sebenarnya sebab rasa sayang
itulah titik tolak yang akan menjaga keharmonian dan keselamatan negara kita.
Rate: 9/10
Sebab buku ni mengandungi terlalu banyak fakta. So setiap
kali masuk bab baru, aku kena refer preivous pages untuk revise back tokoh-tokoh
dan peristiwa tertentu. Papepun, sangat berbaloi untuk dibaca!
Tajuk: Nazi Di Hujung Jari
Penulis: Moustapha Abbas
Penerbit: Patriots Publication ( IG: @thepatriotsasia )
Tahun terbitan: 2018
Harga: RM28
Aku beli buku ni dengan harga RM22 je sebab waktu tu ada promo, EHEK! Korang boleh dapatkan buku ni di IG @thepatriotsasia dan
kedai-kedai buku berhampiran :)
Nah aku share sikit pesanan daripada penulis buku ni.
Nah aku share sikit pesanan daripada penulis buku ni.
Sekian review daripada saya, assalamualaikum!
Thanks for reading my blog! Hugs & kisses ^_^




Comments
Post a Comment