Review Buku: Detour
Assalamualaikum and hye gaiss ^_^
Aku sebenarnya berbelah bahagi antara dua sekarang. Sama ada
nak update blog or baca buku. Tapi memandangkan aku sedang membaca buku kelima
bagi bulan ini, maka aku decide untuk review buku di blog sebab aku baru sahaja
review satu buku T_T Nanti kalau review lambat-lambat, aku lupa pulak content
buku-buku yang aku dah baca tu. Aku ni kan pelupa *Emoji angkat tangan paras
bahu*
Buku kedua yang aku baca berjudul “DETOUR” karya Raudhatul Hifza. Sejujurnya, aku tak kenal
siapa beliau dan aku tak tau pun kewujudan beliau. Aku baca buku ni pun sebab
ramai yang recommend dan bagi feedback best. And one more thing, buku ni ialah
sequel kepada buku Hiatus dan Hiatus #remake karya Budak Tomato. So, aku kena
la baca buku ni dulu supaya aku tak loss bila baca buku Hiatus nanti.
Buku ni bertemakan apa?
Buku ni bergenre anekdot, means cerita fiksyen. And dalam
buku ni banyak berkisarkan tentang agama, motivasi, a little bit about medical
thing and also LGBT. Aku rasa penulis buku ni ialah seorang doctor kottt based
on IG beliau @raudhatul.hifza .
Buku ni mengisahkan tentang kehidupan seorang doktor yang
bernama Raudhatul Hifza. Dalam buku ni, Doktor Raudhah is in her early 30s.
Selain menjadi seorang doktor, beliau juga ada perniagaan dan company sendiri
dan beliau juga turut dijemput untuk memberi talk. Bagaimana beliau urus
company beliau dalam keadaan yang sibuk sebagai seorang doktor dan motivater,
itu kena baca sendiri ya ;)
Dalam buku ni juga ada dikongsikan serba sedikit tentang
usrah dan pandangan terhadap usrah, secara fiksyen. Pada aku, it’s a bit
liberal tapi aku suka dan setuju sebab pandangan tu memang kena dan memang sama
dengan pandangan aku dan aku rasa memang sesuai untuk apply pada zaman sekarang. Bagaimana pandangan
tersebut? Baca sendiri yaaa ececececeyyy tak boleh la cerita semua nanti spoil!
Dalam buku ni juga bukan setakat focus pasal Raudhah je,
tapi ada juga tentang watak-watak lain seperti Amir Talhah dan Asyraf. Tapi, siapa
pula mereka berdua? Haaa, itu pun kena baca sendiri.
Isu perubatan yang difokuskan dalam buku ni ialah isu
kesihatan mental dan depresi which is quite relate to my environment. And,
penulis juga ada gabungkan penyakit ini dengan masalah LGBT dan of course akan
relate dengan agama la kan? But how? You need to read it by yourself :p
Aku suka buku ni sebab buku ni bawa aku kepada banyak dunia!
Dunia seorang doktor, dunia seorang motivater, dunia seorang entrepreneur,
kehidupan individu yang ada depresi dan individu yang terlibat dengan gejala
LGBT. Which, bila aku baca tu aku jadi kedu dan kelu HAHA. But at the same
time, I gain new knowledge. Cannot move on la!
Buku ni takdelah tebal mana. 268 muka surat je tapi menarik!
That’s why aku boleh khatam buku ni dalam tempoh 3 jam je WAHAHAHAHAHA!
Rate: 8/10
Sebabbbb ending buku ni tergantung so kena baca sambungannya
dalam buku Hiatus dan Hiatus #remake . Kan dah cakap Detour ni sequel kepada
Hiatus… Aku tashabarrrr nak baca buku Hiatus! Nak tau ending cerita watak-watak
yang terlibat. Sebab bila baca buku ni, korang takkan dan memang TIDAK AKAN
dapat focus pada satu watak je. Setiap watak akan buatkan korang
tertanya-tanya. Serius!
Tajuk: Detour
Penulis: Raudhatul Hifza
Penerbit: Iman Publication ( IG: @imanpublication )
Harga: RM28
Aku tak beli pun buku ni. Aku just pinjam daripada kawan aku
HEHE. Kalau korang berminat nak memiliki buku ni, boleh try godek kat IG
@imanshoppe_official :)
Nah aku share sikit permulaan kepada buku Detour.
Sekian review daripada saya, assalamualaikum!
Thanks for reading my blog! Hugs & kisses ^_^


Comments
Post a Comment