Resepi Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
Assalamualaikum and haiiii :D
Memandangkan sekarang ni aku berada dalam fasa study week,
jadi aku mempunyai terlalu banyak masa untuk dibazirkan dengan pelbagai
aktiviti yang menyeronokkan XD So, Ive decided to go back home rather than
staying at the college and live my boring life for weeks! Bila balik rumah,
memang macam-macam perkara la yang aku dah plan dalam kepala aku, yiha!
Antaranya ialah memasak ;) Wellllll *Tangan
kanan ke bahu, mata ke atas*.
Before balik rumah, aku dah list macam-macam resepi dah
sepanjang study week ni! Memang aku betul-betul nekad nak masak! Sedih tau
tiap-tiap malam tengok video masakan tapi tak boleh masak! Warden taknak letak
dapur kat pantry keee T_T
List dah ada, so let’s see either I can follow the list or
not.. Sebab selalunya tak boleh HAHA.
So, last two days was the first day am at home, and yeayyy
for me because I dah berjaya masak the first ever resepi which is IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA THAI.
Tapi takde la Thai mana sebab aku tak follow 100% pun resepi. Masak
cincai-cincai je tapi Alhamdulillah still sedap.
Ni rupa Ikan Siakap Stim hasil air tangan aku ^_^
So, let’s start!
Semua bahan-bahan yang aku guna ni sangat-sangat simple
yakmattt yaaullohhhh mudahnyaaaa series boleh cari belakang rumah je! So, bahan-bahannya
ialahhhhhhh
Bahan-bahan:
Limau kasturi 2 biji _ Ambil jus je. Biji buangkan
Cili padi 9 biji – Hiris nipis
Ikan siakap 1 ekor
Gula Melaka
Minyak ikan 2 sudu besar
Bawang putih 5 ulas - Dipotong dadu kecil-kecil
Serai 2 batang
Kiub ayam 1 kiub
Air 1 mangkuk
Cara-cara:
First, siang ikan dan bersihkan. Serai tu potongkan kepada
dua, bersihkan dan masukkan ke dalam perut ikan. Then, kukus ikan selama 15
minit atau sehingga ikan masak. Cara nak tau ikan masak senang je. Make sure
isi ikan terpisah daripada tulang ikan. Kalau masih melekat tu means ikan belum
masak. Bila ikan dah masak, teruskan buang serai dari perut ikan sebab risau
serai tu nanti akan berikan rasa pahit kepada isi ikan,
Untuk kuah dia senang je! Masak kiub ayam dengan semangkuk air.
Bila kiub ayam dan totally 100% hancur, tutup api dapur.
Masukkan bawang putih, cili padi, jus limau kasturi dan
minyak ikan. Kemudian, parutkan sedikit gula Melaka. Kuantiti gula Melaka ni
depends on rasa dia. Kalau kurang manis, tambah lagi. Then, kacau sehingga
sebati. Kita memang tak masak semua bahan-bahan ni atas dapur. Bawang putih dan
cili padi akan layu dengan kuah yang masih panas tu je.
Bila kuah dah siap, ambik cili padi dan bawang putih yang
dah dikacau dengan kuah tadi dan aturkan di atas ikan yang telah di stim.
Kemudian tuangkan kuah ke atas ikan.
Dan siapppppp!
See! Mudah je kan? Mudah gilaaaa resepi ni! Serius! Korang
yang baru nak try masak pun sesuai sangat try resepi ni. Nak diet keeeeee
bolehlah masak ikan siakap stim ni. Dah la sedap, mengenyangkan pulak tu!
Sedikit tips untuk first resepi ni.
Tuangkan jus limau kasturi tu sedikit demi sedikit untuk
make sure tak terlebih masam. Sebab aku tertuang semua sekali terus dan rasa
dia masam gila!
Minyak ikan pun masukkan sedikit demi sedikit sebab minyak
ikan ni masin. Risau terlebih masin.
Gula Melaka pun sama masukkan sedikit demi sedikit. Gula
Melaka berfungsi sebagai pengganti gula. So memang tak perlu masukkan gula pun
untuk resepi ni.
Kalau sukakan rasa sup yang lebih ‘kuat’, boleh guna 2 biji
kiub ayam ataupun lebih. Atau boleh gantikan dengan sup bunjut. Depends on cita
rasa.
Yang penting, kalau kurang masam, tambah jus limau kasturi.
Kalau kurang masin, lebihkan minyak ikan. Kalau kurang manis, tambahkan lagi
gula Melaka. Tak perlu tambah garam, gula ataupun Ajinamoto.
Untuk cili padi, aku guna 5 biji warna merah dan 4 biji
warna hijau. Fungsi dia untuk pelbagaikan warna sebab aku memang tak tambah
apa-apa sayur ataupun daun ketumbar ke, daun sup ke.
Kalau nak tambahkan lobak merah, daun ketumbar, daun sup
atau apa-apa je la pun boleh. Depends on cita rasa.
Ok, tu je untuk resepi kali ni. Serius resepi ni sangat
senang! Rugi sangat kalau tak try! Try tau ;’D
Thanks for reading my blog! Hugs and kisses ^_^

Comments
Post a Comment